It’s All in the Family
— By Ann Peters
Apabila telefon berbunyi di rumah Ahmad Zaki bin Iskandar, 12 tahun, pada pagi pengumuman keputusan PSLE, dia tidak terduga kejutan yang menantinya.
Guru bahasa ibunda (mother tongue) Ahmad telah menelefonnya untuk memberitahunya bahawa dia telah berjaya mencapai gred A Star dalam matapelajaran ‘Higher Malay’ – pencapaian kecermelangan luar biasa. Sebelum meletakkan gagang telefon, gurunya telah menambah, “Dan ada kejutan yang lebih besar lagi!”
Ibunya, Mariati binte Yusoff, bersama Ahmad, bergegas dari rumah mereka di Tampines ke sekolahnya yang terletak berhampiran, Sekolah Rendah Tampines Utara (Tampines North Primary School). Nama-nama pelajar cemerlang diumumkan secara unduran, dan apabila nama pelajar kedua cemerlang diumumkan, Ahmad berkata, “Saya menyangka saya tidak layak.”
Kemudian, namanya dipanggil – dan dia muncul sebagai pelajar terbaik di sekolahnya, dengan agregat 272.
Sementara itu, Mariati telah terlihat keputusan Ahmad di tingkat atas, di tempat ibubapa diminta berkumpul. Namun, dia tidak memberitahu Ahmad, yang hampir tidak mempercayai pengumuman yang didengarinya. “Saya menyangka bahawa saya tidak mendapat keputusan yang baik. Saya mendapat tempat kelima dalam ujian percubaan, dan ramai yang berpendapat bahawa keputusan saya tidak sebaik yang diharapkan. Saya telah membuat banyak kesilapan,” katanya, tetapi menambah, “Peperiksaan sebenar lebih mudah.”
Dia memberitahu bahawa keputusannya yang baik merupakan hasil bimbingan dari ibunya semejak kecil lagi, serta dari guru kelasnya, Puan Gan Foo Mei Ping, yang telah memberikan galakan kepadanya, serta mengajarnya cara-cara menguruskan masa.
Dengan keputusannya yang cemerlang, Ahmad menyertai abang dan kakaknya – kedua-duanya dalam IP (Integrated Programme) – dalam taraf pelajar cemerlang. Abangnya, dari program istimewa (gifted programme), kini belajar di Raffles Institution, mempunyai agregat PSLE sebanyak 279, dan merupakan dorongan untuk Ahmad mencapai keputusan cemerlang. “Saya berusaha bersungguh-sungguh kerana ingin mengalahkan abang,” kata Ahmad.
Pertandingan sesama adik-beradik wujud di rumah. Ahmad juga mempunyai dua adik yang mempunyai keputusan yang baik di sekolah. Adiknya yang paling kecil, yang hanya berumur enam tahun, kini sudah gemar membaca.
Mariati bertanggungjawab secara langsung ke atas keputusan baik anak-anaknya di sekolah. Walaupun merupakan pemegang ijazah dari politeknik, dia telah melepaskan kerjayanya sebagai penyelia kilang dan guru separa masa selepas kelahiran anak-anaknya. “Saya tidak menyesal!” katanya. Sejak anak-anaknya masih kecil – sebelum mereka belajar berjalan dan bercakap – dia telah menghabiskan masa berbual-bual dengan mereka, dan memperkenalkan dunia membaca kepada mereka. Mariati tidak tegas, tetapi mengawal penggunaan komputer anak-anaknya di rumah, serta memberikan bimbingan dalam kerja rumah anak-anaknya.
Buku-buku penilaian juga tidak digunakan. “Terlalu membebankan,” kata Ahmad yang gemar bermain dengan rakan-rakannya di luar rumah. Dia juga memberitahu bahawa rakan-rakannya kini menyapanya dengan berkata ‘Hello pelajar cemerlang’. Ketika tahun PSLE-nya, rutin sehariannya ialah pulang ke rumah pada kira-kira 3 petang selepas menghadiri kelas tambahan di sekolah, tidur petang sehingga 5 petang, kemudiannya menonton televisyen dan menikmati makan malam, diikuti dengan membuat kerja rumah dan belajar dari pukul 7 malam hingga 9 malam. Waktu tidurnya sekitar 9.30 malam.
Ahmad gemar berjalan untuk melepaskan tekanan yang dihadapi. “Saya suka berjalan dan biasanya saya berjalan dari sini ke Paris Ris melalui penghubung di dalam taman.”
Ahmad merupakan seorang pelajar yang mudah bersosial, dan mempunyai minat yang pelbagai. Kegiatan CCA-nya termasuk kerja perpustakaan, belayar, badminton, kelab matematik dan tarian Melayu (yang telah memenanginya pingat emas). Dia juga berkata bahawa dia mendapat rasa ‘kepuasan diri yang amat’ apabila memberikan bimbingan dari segi pelajaran kepada rakan-rakannya, setelah menghabiskan kerjanya. Kini, dia memberikan bimbingan kepada anak jirannya, atas permintaan jirannya itu.
Ahmad kini tidak sabar-sabar menantikan peluang mencuba pelbagai matapelajaran baru di Raffles Institution. Bagi masa kini, kerjaya pilihan utamanya ialah sebagai ahli kimia, kerana dia amat meminati sains. Namun, semua ini mungkin berubah, akuinya.
Apakah nasihatnya kepada adik-adiknya yang bakal menduduki peperiksaan PSLE? “Belajarlah bersungguh-sungguh dan uruskanlah masa dengan baik,” katanya sambil ketawa, sebelum menambah, “dan cuba kalahkan saya!”