SPRINGDAYS spring home :: necdc home  


 

Keazaman Tahun Baru
Anda berazam dan anda memunkirkannya, tapi kecantikan Tahun Baru adalah peluang untuk berazam semula. Kami meminta beberapa belia untuk memberitahu kami azam mereka.


“Saya akan menghabiskan kursus saya dalam dua bulan lagi dan berharap dapat lulus dengan keputusan yang baik. Azam Tahun Baru saya adalah untuk berkerja keras dan mengumpul wang secukupnya untuk membuka gerai makanan.”

Melvin Low, 22, Tampines,
Pelajar Diploma dalam Bisnes dalam a institut persendirian

“Keluarga saya amat penting untuk saya, jadi saya bertekad untuk memberikan lebih banyak masa untuk bersama mereka tahun depan. Pekerjaan saya memerlukan saya berkerja dalam syif memyebabkan saya kurang bersama mereka. Untuk sebab inilah, saya akan mencari pekerjaan baru yang membenarkan saya bekerja dengan jam normal.”

 

Sheikh, 25, Tampines,
Pegawai Sukan


“Saya akan mengambil ‘O’ Levels tahun ini, jadi azam saya adalah untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat memasuki Maktab Rendah yang baik. Dalam mencapai azam saya, saya perlu mencari cara untuk membahagikan masa saya dengan baik dalam CCAs dan pelajaran. Ia amat senang untuk dibawa jauh dan memberi terlalu banyak masa dalam lathian, jadi saya bertekad untuk memberi masa untuk kerja sekolah juga, supaya saya tidak tertinggal di belakang.”

 

Pung Chuan Ting, 16, Yio Chu Kang,
Pelajar, St Nicholas Girls School


““Saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat melanjutkan pelajaran dalam universiti pilihan saya. Saya berharap untuk meneruskan pelajaran dalam sains forensik dan it memerlukan banyak keupayaan untuk memasuki bidang ini. Saya juga bertekad untuk mendapat pingat dari CCA Air Pistol dan juga NPCC. Akhirnya, saya juga mahu memberikan lebih masa saya bersama keluarga. Ini kerana saya kebanyakan kali balik lewat dari sekolah, jadi saya kurang berjumpa dengan mereka. ”

Stuart Ong, 21 years old

"Saya sudah berkahwin dengan 2 anak muda dan saya mahu memberi keluarga saya satu kehidupan yang selesa. Namun saya masih muda, tetapi saya mahu membuktikan saya mampu menampung keluarga saya dan membuatkan mereka gembira. Azam saya tahun ini adalah untuk berkerja keras dan mendapat kerja yang lebih baik supaya dapat memberikan keluarga saya apapun yang mereka gemar. ”

Akmal, 18, Bedok North,
Bekerja untuk Syarika Servis Hawa Dingin
 

   

 

[ SPRINGDAYS 2]   mukasurat 1 daripada 1 
kembali ke kandungan >>

 
:: Contact Us
:: Subscribe
:: Terms and Conditions
:: Privacy Policy
Copyright © by NorthEast Community Development Council. All rights reserved.